۞ MuTtaQuN ۞

Menyingkap Seribu Erti Kehidupan...

10:19 AM

mazhab kristian ortodok

Posted by habbahin JR

Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip'Islam
Sebuah sektsa dalam agama Kristian,
cara peribadatannya hampir sama
dengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru?
Saat Maghrib telah tiba. Belasan orang
di Hotel Sahid Surabaya
itu bergegas sholat. Semuanya
berkopiah dan dipimpin
seorang imam. Jangan keliru,mereka
bukan kaum Muslimin yang sedang
menunaikan kewajiban sholat Mahgrib.
Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok
kristian ortodok, sebuah sektsa dalam
agama Kristian. Boleh jadi,
orang awam akan terkeliru sebab ,
sektsa ini memang sangat mirip
Islam.Bukan saja asalnya serumpun,Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya nyaris sama.Tengoklah saat mereka sholat.Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam,bila berjamaah,juga memakai bahasa Arab.Rukun sholatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud. Bezanya,bila kaum Muslimin diwajibkan sholat 5 kali sehari,penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam;masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya:sa'atul
awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis
(dhuha), sa'atus sadis (dhuhur), sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub
(maghrib), sa'atun naum (Isya'),
dan sa'atul layl (tengah malam).
Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang
Islam dilakukan selama sebulan dalam
setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil,kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April.Jika dalam
Islam ada puasa sunah Isnin - Kamis,
pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Kristus.
Selain sholat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga mengenal zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan
Gambar2 ajaran kristian ortodok yg
mungkin anda keliru.... jadi berhati2 la kita tentang ajaran kristian ortodok... hebah kan laaa pada kawan2
kiter...Yang pasti........... ini bukan ayat al-Quran.....Semoga kita semua berhati2..... jangan sampai terbeli....dan digantung di rumah kita.Sebarkanlah supaya semua
teman2 kita maklum.

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di
perbodohkan oleh org2 KAFIR.

p/s: Kalu ternampak penghujungnya ditulis Surah Injilu Matay terus reject

Read More......
2:58 AM

sifat remaja cemerlang

Posted by habbahin JR

BERSIFAT REMAJA BERAKHLAK REMAJA CEMERLANG

Seringkali kedengaran ibubapa merungut kerana anak-anak mereka sukar dibentuk, tidak mendengar kata, degil dan keras kepala. Semua ibubapa ingin melihat anak-anak mereka menjadi orang berguna dan sempurna hidupnya sebagai seorang manusia. Tetapi kadang-kadang apa yang diharapkan itu berlaku sebaliknya
Usia remaja bermula daripada baligh sehinggalah berusia dalam lingkungan akhir 20-an, yang disebut sebagai ‘Fata’ (Pemuda) Firman Allah S.W.T.
Maksudnya:
"Kami ceritakan mereka kepada mu (Muhammad ) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk. Dan kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata ‘Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi. Kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran."
Al-Kahfi 13-14

Berakhlak
Mereka yang mempunyai sifat yang luhur yang lahir dari keimanan yang jelas terhadap Allah S.W.T. Sabda Rasulullah SAW.
Maksudnya:
"Tiada suatu pemberian yang diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya lebih utama daripada budi pekerti yang baik."
Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah
Cemerlang
Melambangkan keunggulan, kehebatan dan berketerampilan. Contohnya, remaja cemerlang ialah mereka yang kuat berpegang kepada ajaran Allah, mempunyai daya berfikir yang mantap dan bijaksana dalam bertindak.
Berakhlak
Nilai-nilai akhlak
1. Akhlak perseorangan atau diri sendiri
·1 Kesucian hati
·2 Menjaga diri
·3 Menguasai nafsu
·4 Menjaga dan mengawal nafsu makan dan jantina
·5 Menahan rasa marah
·6 Bersifat sabar
·7 Lemah-lembut dan rendah diri
·8 Berhati-hati membuat keputusan
·9 Menjauhi buruk sangka
·10 Tetap dan sabar
·11 Menjadi teladan yang baik
·12 Bersederhana
·13 Beramal saleh
·14 Berlumba-lumba dalam kebaijakan dan kebaikan
·15 Pintar mendengar dan mangikut
·16 Ikhlas
·17 Dan lain-lain

3. Akhlak Dengan Keluarga
·1 Berbuat baik dan menghormati ibubapa
·2 Menghormati ahli keluarga yang lebih tua
·3 Bersifat ehsan dan berlaku baik kepada ahli keluarga yang lebih muda
·4 Bersikap sedia membantu
·5 Bertanggungjawab terhadap keluarga
·6 Tidak menderhaka kepada ibubapa
4. Akhlak Dalam Masyarakat
·1 Bekerjasama dengan anggota masyarakat
·2 Bertanggungjawab dalam hal menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran
·3 Sama-sama bertanggungjwab melindungi orang-orang yang lemah
·4 Tidak menceroboh hak-hak orang ramai
5. Akhlak Dengan Pencipta (Allah)
·1 Zikrullah (Mengingati Allah)
·2 Ikhlas dalam beribadah
·3 Mematuhi titah perintah Allah
·4 Meneliti akan tanda-tanda kebesaran Allah
6. Remaja Cemerlang
·1 Ciri-ciri sebagai Remaja Cemerlang:-
·2 Mempunyai keyakinan diri
·3 Menghadapi cabaran dengan bijaksana
·4 Dapat menangani persoalan keluarga
·5 Mempunyai sifat sabar, tabah dan cekal
·6 Dapat menangani persoalan sosial samada di sekolah, kampus dan persekitaran
·7 Berkomunikasi secara baik dengan setiap pihak
·8 Mempunyai prestasi yang baik dalam bidang ilmu.

Mudah-mudahan anda dari kalangan Remaja Cemerlang dalam kehidupan beragama, anak yang dapat berbakti kepada keluarga, masyarakat dan bakal penerus kepada perjuangan Islam dokongi oleh ibu bapa.

Disediakan oleh,
Ustazah Asiah Ali
Pengerusi Lajnah Dakwah dan Tarbiyyah
Dewan Muslimat PAS Pusat

Kursus Penghayatan Islam
12, 13 & 14 Disember 1996
Markaz Tarbiyyah PAS Pusat

HAK CIPTA TERPELIHARA ®
TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN, MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN PENERBIT. HARGAILAH PENGORBANAN ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.

Read More......
2:46 AM

ad-dinunnasihah

Posted by habbahin JR

AD-DIN AN-NASIHAH
Daripada Tamim bin ‘Aus ad-Dari r.a., bahawa Nabi SAW bersabda: mafhumnya:
“Din itu adalah nasihah (diulang tiga kali).” Kami (sahabat-sahabat) bertanya, “Untuk siapa, wahai Rasulullah?”. Jawab Baginda, “Untuk Allah ‘Azza Wa Jalla, untuk kitab-Nya, untuk Rasul-Nya SAW, untuk barisan kepimpinan ummah Islam dan untuk ummah Islam seluruhnya.” (Hadith Riwayat Muslim)
Kepentingannya
Hadith ini mempunyai kedudukan yang amat tinggi sehingga Abu Daud telah menjelaskan dengan katanya, “Ilmu Fiqh bersekitar atas lima hadith, iaitu:
hadith: “Perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas...”,
2. hadith: “Tiada kemudharatan dan tiada sesuatu yang boleh memudharatkan.”,
3. hadith: “Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat...”,
4. hadith: “Apa yang aku larangkan terhadap kamu daripada melakukannya maka jauhkanlah.”,
5. hadith: “Apa yang diperintahkan terhadap kamu melakukannya maka lakukannya sedaya upaya kamu.”.

Mengikut Imam al-Hafiz Abu Naim bin Abdullah bin al-Asbahi, seorang muhaddith dan sejarawan, menyatakan: “Bagi hadith ini suatu kedudukan yang begitu besar.” Sementara Muhammad bin Aslam at-Tusi pula menekankan dengan katanya: “Bahawasanya salah satu daripada seperempat mengenai ad-Din.”
Sesungguhnya penekanan yang diulang-ulangkan oleh Rasulullah SAW pada perkataan an-Nasihah sebanyak tiga kali menunjukkan an-Nasihah amat penting dalam Islam. Ia dianggap jauhar (intisari) ad-Din.
Kalimah an-Nasihah
An-Nasihah dari segi bahasa membawa erti suci murni, manakala dari segi istilah pula diikatkan dengan dua keadaan: Pertama: bila dihubungkan dengan Allah SWT, maka ia bererti keikhlasan semata-mata. Kedua: bila dihubungkan sesama manusia, maka ia bererti kalimah yang membawa tujuan kebaikan kepada seseorang yang dimaksudkan oleh kalimah itu.
Para sahabah r.a. telah bertanyakan Rasulullah SAW tentang bentuk-bentuk an-Nasihah. Kemudian baginda menjawab dengan sabdanya, “... An-Nasihah untuk Allah, Kitab-Nya (al-Quran), Rasul-Nya barisan kepimpinan ummah Islamiyyah dan untuk ummah Islam seluruhnya.”
Huraian Hadith
a. An-Nasihah Li Allah
An-Nasihah Li Allah membawa maksud keikhlasan yang yakin, bersungguh-sungguh dan semata-mata untuk Allah SWT dalam rangka menerima segala kewajipan yang ditentukan-Nya. Kewajipan-kewajipan itu hendaklah dilaksanakan dengan sebaik-baiknya
hingga dapat merasai kelazatannya. Keikhlasan yang tinggi tidak akan tercapai jika segala kewajipan yang dipertanggungjawabkan tidak dilakukan melalui proses tarbiyyah yang melahirkan kesungguhan, keyakinan dan ihsan.
Sifat ihsan itu tergambar apabila seseorang yang beribadah bersungguh-sungguh, yakin dan bermuraqabah Allah SWT.
Jalan untuk mencapai tahap ihsan ialah dengan melalui proses kefahaman yang syumul dan mendalam. Juga beriltizam dengan pembentukan yang menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT dengan penuh keinsafan dan keikhlasan. Lebih tinggi lagi, menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang dimakruhkan sekaligus menunaikan segala perkara yang difardhu atau diwajibkan. Lebih tinggi daripada itu, melakukan amalan-amalan yang membawa taqarrub kepada Allah SWT iaitu amalan-amalan an-Nawafil (sunat).
Inilah jalan tarbiyyah dan pembentukan. Jalan untuk melahirkan al-Muslim al-Rabbani al-Multazim. Inilah jalan penting harakah Islamiyyah yang inginkan keredhaan Allah SWT.
Amalan ikhlas untuk Allah SWT semata-mata akan tercapai dalam bentuknya yang tertinggi apabila seseorang itu berjihad secara ‘azimah. Jihad seperti ini memerlukan kemampuan serta kerelaan hakiki, kesungguhan yang berterusan dan memusatkan segala kepentingan kepada Allah SWT semata-mata.
Para al-Hawariyyun (penyokong) Nabi Isa a.s. telah meminta penjelasan, “Apakah an-Nushu Lillah itu? “. Jawab Isa a.s, “Bahawa kamu utamakan hak Allah SWT daripada hak manusia. Dan sekiranya kamu berhadapan dengan dua keadaan yang jelas, satu untuk Allah SWT dan satu lagi untuk keperluan dunia, maka urusan Allah SWT itulah yang mesti disempurnakan terlebih dahulu.”
Kesimpulan an-Nasihah Li Allah itu ialah i’tiqad yang sejahtera dalam mentauhidkan Allah SWT. Serentak dengannya ialah mengabdikan diri secara syumul dan penuh jujur.
b. An-Nasihah Li Kitab Allah
An-Nasihah Li Kitab Allah bermaksud menerima Kitab Allah SWT dengan penuh keimanan dan menghayatinya mengikut proses pembentukan secara berperingkat-peringkat. Penghayatan itu mesti dipertahan, dikekalkan, seterusnya dikembangkan kepada manusia lain dengan jihad yang ikhlas.
Penerimaan Kitab Allah SWT mestilah dengan pembacaan yang betul, penelitian yang mendalam, pengamalan kewajipan yang diperintahkan dan penghindaran segala larangannya.
c. An-Nasihah Li Rasulillah
An-Nasihah Li Rasulillah membawa erti beriman dengan kukuh terhadap kebenaran kenabian Rasulullah SAW dan da’wahnya. Keimanan ini mencetuskan kepatuhan terhadap pembawaan dan sunnahnya. Keimanan ini juga mengambil Rasulullah SAW sebagai Qudwah Hasanah sama ada dalam bentuk percakapan mahupun amalan.
Sementara Muhammad bin Aslam at-Tusi pula menekankan dengan katanya: "Bahawasanya salah satu daripada seperempat mengenai ad-Din.”
Sesungguhnya penekanan yang diulang-ulangkan oleh Rasulullah SAW pada perkataan an-Nasihah sebanyak tiga kali menunjukkan an-Nasihah amat penting dalam Islam. Ia dianggap jauhar (intisari) ad-Din.


Kalimah: an-Nasihah
An-Nasihah dari segi bahasa membawa erti suci murni, manakala dari segi istilah pula diikatkan dengan dua keadaan: Pertama: bila dihubungkan dengan Allah SWT, maka ia bererti keikhlasan semata-mata. Kedua: bila dihubungkan sesama manusia, maka ia bererti kalimah yang membawa tujuan kebaikan kepada seseorang yang dimaksudkan oleh kalimah itu.
Para sahabah r.a. telah bertanyakan Rasulullah SAW tentang bentuk-bentuk an-Nasihah. Kemudian baginda menjawab dengan sabdanya, “... An-Nasihah untuk Allah, Kitab-Nya (al-Quran), Rasul-Nya barisan kepimpinan Ummah Islamiyyah dan untuk ummah Islam seluruhnya.”
Sifat ihsan itu tergambar apabila seseorang yang beribadah bersungguh-sungguh, yakin dan bermuraqabah Allah SWT.
Jalan untuk mencapai tahap ihsan ialah dengan melalui proses kefahaman yang syumul dan mendalam. Juga beriltizam dengan pembentukan dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT dengan penuh keinsafan dan keikhlasan. Lebih tinggi lagi, menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang dimakruhkan sekaligus menunaikan segala perkara yang diperintahkan.
An-Nasihah Li Aimmah al-Muslimin Wa Wulatihim
An-Nasihah Li Aimmah al-Muslimin Wa Wulatihim membawa erti An-Nasihah untuk barisan kepimpinan umat Islam dan untuk siapa sahaja yang dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin.
An-Nasihah kepada mereka juga memberi erti cinta dan kasih kepada mereka, memperingatkan mereka supaya sentiasa berada dalam tausih dan musyawarah dan membantu mereka dalam islah dan ketaatan terhadap perkara-perkara hak. Juga memperingatkan mereka daripada sebarang keadaan yang boleh menimbulkan fitnah dan kerosakan yang menggugurkan hak kepatuhan dan wala’.


d. An-Nasihah Li ‘Ammah al-Muslimin
An-Nasihah Li ‘Ammah al-Muslimin membawa maksud pembentukan umat Islam seluruhnya. Juga menunjukkan kepada umat Islam jalan kesejahteraan sebenar untuk dilalui dan kekal di atasnya. Di samping itu ia memberikan penjelasan dan peringatan akan jalan-jalan kerosakan agar mereka menghindarinya.
Pembentukan ukhuwwah tercapai dengan cara mengasihi mereka seperti mana kita mengasihi diri sendiri. Seterusnya membenci terhadap perkara-perkara yang boleh menyesatkan mereka.
Umat Islam adalah satu jamaah di bawah lindungan kesatuan ‘aqidah dan kesatuan matlamat. Daripada hakikat ini memancar syari’at Allah SWT dan akhlak al-Quran yang tunggal lagi qudus.
Beberapa perkara penting
Jihad adalah bukti kewujudan an-Nasihah untuk Allah SWT dan Rasulullah SAW. Ketiadaan jihad tanpa uzur syar’i adalah bukti ketiadaan an-Nasihah untuk Allah SWT dan Rasulullah SAW. Firman Allah SWT:

“Tiada dosa (lantaran tidak berjihad) ke atas orang-orang yang lemah, orang-orang yang sakit dan orang-orang yang tidak memperolehi apa yang mereka nafkahkan, apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan Rasul-Nya. Tiada sebarang jalan sedikitpun untuk menyalahkan orang-orang yang berbuat baik dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (at-Taubah: ayat 91)
Orang berkeuzuran syar’ie yang terhalang untuk keluar berjihad tidaklah berdosa selagi mana dia benar-benar ikhlas kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Jika dia membawa sifat-sifat munafiq dan berpura-pura uzur untuk berpaling daripada jihad, bermakna dia melakukan pendustaan dan tipu helah terhadap orang-orang Islam. Jelaslah dia tidak berjihad dan tidak jujur.
2. An-Nasihah untuk barisan pemimpin, pada pandangan Islam, adalah sangat penting. Rasulullah SAW bersabda (yang bermafhum):
“Sesungguhnya Allah meredhai kamu dalam tiga keadaan: yang menyembah-Nya dan tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu, yang berpegang dengan tali-Nya sepenuhnya dan tidak berpecah-belah, dan yang nasihat-menasihati wali-wali Allah dan pemerintahnya.”
“Tiga golongan yang tidak digelincirkan atas mereka: hati muslim yang mengikhlaskan amalan kepada Allah, nasihat-menasihati pemerintah-pemerintah dan sentiasa berada dalam jamaah umat Islam.”
3. Rasulullah SAW menjelaskan (yang bermafhum):
“Sesiapa yang tidak mengambil berat dengan urusan yang berkaitan umat Islam maka dia bukanlah daripada kalangan mereka.”
4. Dalam konteks Tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah, ad-Din an-Nasihah ialah berusaha melahirkan kumpulan Muslim Mu’min Muttaqi ‘Amil atau al-Jil ar-Rabbani al-Multazim atau Jil al-Quran.

Read More......
Related Posts with Thumbnails