۞ MuTtaQuN ۞

Menyingkap Seribu Erti Kehidupan...

5:08 PM

satu canda yang kuciptakan dari perih

Posted by habbahin JR

matahari
tertawa
turun kebumi
lihat diri ku yg dilanda mabuknya cinta
ku minta tolong
bakar sisa2 nafas masa lalu
kemudian rangkai rembulan diufuk timur
tapi pindahkan agar
ia terbit di ufuk barat
ahhh…
tak perlu takut akan akhir
semua jadi bahagia
semua yg tertutupi akan terlihat
tak ada samar
tak ada mega
dan juga hanya teriknya iya bernyanyi
dan siapa aku?
Tuhan bertanya dalam malam
dalam mimpi ku
aku menjawab
tapi bisu
keluh bibirku
bukan berontak
tapi tak kuasa aku tertakjub pada dunia
pada mahkluk ciptaan-Nya
pada janjinya aku bariskan awan
yg hitam didepan kemudian yg putih kurangkai belakangan
agar hujan pertama datang
agar aku dapat menagis
agar aku dapat berdoa
susun cerita diujung senja
agar dapat ku berikan kepada
penguasa abad
penguasa hari,waktu dan air mata.
banda aceh 26 may 08
lewat tengah malam
buat cha-cha di aceh

Read More......
5:02 PM

minyak naik?

Posted by habbahin JR

apa tindakan kita sebagai rakyat malaysia apabila melihat kenaikan minyak semakin hari semakin naik?

apakah rancangan kerajaan malaysia apabila menaikan harga minyak dan menurunkan harga beras?

kenapa kerajaan membandingkan harga minyak dengan negara yang memang tinggi harganya..kenapa tak dengan negara yang rendah harga minyak nya..seperti mesir?

apakah yang diinginkan kerajaan dengan menaikan harga minyak?

marila kita samasama berfifikr demi kebaikan kita bersama.../

Read More......
4:35 PM

jaulah pie ke dumyat bersama rakan²

Posted by habbahin JR




















Read More......
5:18 AM

biarkan angin menerpa kita

Posted by habbahin JR

perjalanan cemas. tak ada burung tebarkan peta,
kepak pun tidak. horison merah. ladang gandum merah.
"belulang ini, jangan kaukerkah." kita sudah janji
pada kematian: ia akan mencakar wajah
dan ucapkan selamat tinggal
bumi tempat berpijak
jejakkan langkah ke langit tanpa watas.
apa kematian mesti dikekalkan? jangan lalai
mencumbu hidup: susu segar, puisi lindap, wajah bocah
tak mau dusta. dan angin tak mesti ditafsirkan. tunggu.
di kelok sungai
wajahmu hanyut oleh usia. roti pagi belum dihabiskan.
toh kita perlu mengembara: membacai air teh, liang runtuh,
guru pincang, dan pertanyaan tentang surga atau neraka
di desa terpencil ini?!
labirin jalan kampung menuju kita: kalau mau mengulurkan
tangan pada desah napas tetangga, kematian adalah perpisahan
dengan hidup yang cemas. dengan debu yang bergegas.

Read More......
5:12 AM

Syair Mlam

Posted by habbahin JR

saat engkau memejamkan mata, kekasih
jangan kaututup tingkap mimpimu
sebab aku akan menaburkan bebungaan
dan meniupkan wewangian dari langit
aku akan turun dari rembulan
meniti cahayanya yang hening
dan apabila gerai rambutmu berdesir
akan kusematkan jejak di punggung bukit
kita sepakat mencari mata air, bukan?
kita akan menampung: embun demi embun
di bilah rumput yang menggigil
kita akan masuk ke dalam hutan
dan menggeliat
karena bau lumut yang memabukkan engkau mendesakku menjejak di bukit
aku membujukmu membubung ke langit
ketika fajar pecah,
kita berdarah-darahdan seandainya engkau terjaga, kekasih
temukan gairahku
di berkas bening cahya mentari!

Read More......
11:22 AM

Jodoh

Posted by habbahin JR

Renungkanlah sedalam-dalamnya.

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.


Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?


Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu..
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "




`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Read More......
Related Posts with Thumbnails