۞ MuTtaQuN ۞

Menyingkap Seribu Erti Kehidupan...

4:37 PM

Antara Kereta Dan Anak

Posted by habbahin JR

Harga sebuah
> kereta dan ANAK...
>
> ingatlah......marah mcm mana sekalipun,
> jgnlah bertindak keterlaluan.................
>
> sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota
> besar
> meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumahsemasa keluar
> bekerja..
>
> Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah
> tahun..
> Bersendirian di rumah
> dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain
> diluar, tetapi pintupagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama
> ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun
> memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman
> rumahnya.
>
> Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun
> melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana
> diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya
> pada kereta baru ayahnya.
>
> Ya...
> kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi
> kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya.
> Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana
> laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah
> kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar
> ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing
> dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu
> langsung tak disedari
> si pembantu rumah. Pulang petang itu, terkejut
> badaklah
> pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli
> dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si
> bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit,
> "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah
> yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia
> juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan
> tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi
> diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan
> "Tak tahu... !" "Duduk di rumah
> sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si
> isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya,
> tiba-tiba berlari keluar dari bilik.
> Dengan penuh manja dia berkata
>
> "Ita buat ayahhh...... cantik kan !"
> katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si
> ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok
> bunga raya di depannya, terus
> dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak
> yang tak mengerti
> apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus
> ketakutan. Puas memukul tapak
> tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya.. Si
> ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan
> berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
> Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa
> cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian
> tangan kiri anaknya..
>
> Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu
> rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.
> Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak
> kecil calar balar.
>
> Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram
> air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula
> terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar
> itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan
> anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu
> tidur bersama pembantu rumah.
>
> Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si
> anak bengkak... Pembantu rumah mengadu.
>
> "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si
> anak.<= BR>> Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu
> yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa
> konon mahu mengajar anaknya.
>
> Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya
> sementara si ibu juga begitu tetapi setiap
> hari bertanya kepada pembantu rumah.
>
> "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas..
>
> "Bagi minum panadol tu," balas si ibu..
>
> Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik
> pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan
> pembantu rumah, dia menutup semula
> pintu..
>
> Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya
> bahawa suhu badan Ita terlalu panas.
>
> "Petang nanti kita bawa ke klinik.. Pukul 5.00
> siap" kata majikannya itu.
> Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik.
> Doktor mengarahnya ia
> dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah
> seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu
> kanak-kanak itu.
>
> "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar
> kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana
> gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.
>
> "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu
> dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.
>
> Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar
> kata-kata itu..
> Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.
> Si ibu meraung merangkul si anak... Dengan berat hati
> dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar
> menandatangani surat kebenaran pembedahan.
>
> Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang
> dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga
> terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut
> putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah
> pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi
> melihat mereka semua menangis..
>
> Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara
> dalam linangan air mata..
>
> "Abah... Mama....
> Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau
> jahat. Ita sayang abah... sayang mama.." katanya
> berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
>
> "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang
> wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis
> dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
>
> "Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita
> janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak
> main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,"
> katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu
> mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat
> hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada
> manusia dapat menahannya.
>
> ANTARA
> ANAK DAN KERETA…YANG MANA LEBIH
> BEHARGA…




0 comments:

Related Posts with Thumbnails